Ahli Jawatankuasa

UMNO Bahagian

Kelana Jaya

2004 - 2007

 

Ahli Jawatankuasa

Pergerakan Puteri

UMNO Bahagian

Kelana Jaya

2004 - 2007

 

Carta Organisasi

Pergerakan Puteri

UMNO Bahagian

Kelana Jaya

 


 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, kerana buat sekian kalinya setelah empat tahun ditubuhkan, Puteri terus kukuh berdiri sebagai sayap parti yang utuh menyokong UMNO sebagai wadah khidmat dan bakti buat agama, bangsa dan negara.

 

Mesyuarat Perwakilan sememangnya cukup bermakna buat semua ahli Pergerakan Puteri. Di sinilah kita dapat bersama-sama bermuhasabah, bersuara dan menyelusuri langkah serta idea terkini agar dapat disimpulkan demi kemajuan bangsa Melayu sekaligus mencari penyelesaian kepada setiap cabaran yang dihadapi.

 

UMNO hari ini terus unggul sebagai parti terbesar dan menjadi terus pemerintahan megara. Ini bermakna setiap daripada kita, ahli UMNO adalah bertanggungjawap terhadap apa jua idea, hujah, rancangan dan perubahan yang ingin dilakukan. Sekiranya baik langkah kita, maka hebatlah parti kita.

 

Sebagai sebahagian daripada ahli Pergerakan Puteri, saya yakin saudari-saudari akan menggunakan sebaiknya kesempatan bermesyuarat dan berbincang sesama ahli dengan penuh berhemah, terdidik dan terpimpin agar setiap butir idea dari minda yang membina dapat kita sama-sama usulkan demi memastikan kelangsungan perjuangan ini.

 

Allah SWT yang akan membalas segala pahit getir, jenih perih, keringat, keunggulan dan kejayaan yang saudari lakarkan, Doa dan harapan saya akan sentiasa mengiringi perjalanan murni ini.

 
Salam hormat,
 
NORAINI AHMAD

 


Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, kerana buat sekian kalinya setelah empat tahun ditubuhkan, Puteri terus kukuh berdiri sebagai sayap parti yang utuh menyokong UMNO sebagai wadah khidmat dan bakti buat agama, bangsa dan negara.

 

Mesyuarat Perwakilan sememangnya cukup bermakna buat semua ahli Pergerakan Puteri. Di sinilah kita dapat bersama-sama bermuhasabah, bersuara dan menyelusuri langkah serta idea terkini agar dapat disimpulkan demi kemajuan bangsa Melayu sekaligus mencari penyelesaian kepada setiap cabaran yang dihadapi.

Sedang dikemas kini

   
| Home | About Us | Activities | Gallery | Forum | Contacts | Copyright 2007, Puteri Umno Kelana Jaya. All rights reserved.
Privacy Police | User Agreement | Terms of Use | Copyright Information